TIPS SUKSES - Cik Nur Fatihah Fuad





GUNA TEKNIK TESTIMONI UNTUK CARI DOWNLINE AGEN TOPUP


Testimoni sangat berkesan untuk memujuk dan mendapatkan kepercayaan dari pengguna, malah testimoni ialah antara perkara utama yang dilihat oleh pengguna semasa memilih penjual. 

Fatihah banyak post dalam insta gambar bukti. Contoh post resit pembayaran yuran dari downline




4 tips buat sales dan cari downline guna teknik testimoni



1. Fokus kepada impak terhadap pengguna


Pastikan kandungan testimoni tidak terlalu umum. Testimoni yang paling efektif ialah testimoni yang spesifik, dan jelas menyatakan kesan positif dan impak yang pengguna rasai. Jadi semasa meminta testimoni, pastikan anda bertanya soalan yang spesifik dan jelas.

Sebagai contoh, BENZ MOBILE juga selalu meminta feedback dari agen topup kami, dan kebanyakan respon yang kami dapat sangat generik seperti "BENZ MOBILE terbaik", "Saya suka berniaga topup dengan BENZ
MOBILE". Memang seronok mendapat pujian, tetapi testimoni seperti ini susah untuk digunakan sebagai selling tool yang efektif kerana tidak memberi detail yang mencukupi untuk membawa impak yang berkesan. 


Testimoni yang boleh diguna untuk menarik minat pengguna lain seharusnya mempunyai butiran jelas tentang manfaat yang telah dirasai pengguna. Sebaiknya lagi, jika testimoni ini ditambah dengan pengiraan yang boleh diukur. Contoh testimoni yang bagus : 



Saya suka jadi agen topup sebab topup ni produk yang senang nak dijual. Awal dulu promosi dengan cara beritahu dekat rakan-rakan ofis terdekat sahaja. Kini hampir semua rakan di ofis memang akan cari saya untuk beli topup dan bayar bil. Sekali jadi pelanggan saya, biasanya memang akan jadi repeat customer sebab mudah kata meraka


Saya seorang pelajar, mula sertai BENZ MOBILE 3 tahun lepas, dan sepanjang jadi agen topup selama 3 tahun ini dah beri saya untung beribu ringgit secara mudah, dan saya kini setiap bulan dapat beratus ringgit hasil jualan komisen downline saya, memang berbaloi sertai bisnes agen topup sebab bisnes ini memang menguntungkan

Antara testimoni yang sesuai untuk bisnes agen topup :

- Bukti kesahihan syarikat, kerana mahu mengelak kes penipuan
- Bukti cara jualan topup
- Bukti pembayaran yang diproses
- Bukti pembayaran bil boleh dibuat, dan bil berjaya masuk dalam rekod
- Bukti cara mendapat keuntungan
- Bukti ada bantuan support
- Bukti sistem topup sentiasa beroperasi
- Bukti agen-agen yang sudah berjaya menjana pendapatan lumayan
- Bukti bisnes ini mudah




2. Cara pastikan testimoni nampak meyakinkan dan boleh dipercayai


Kita akan lagi mudah percaya testimoni yang kita tahu puncanya dari mana kan? Testimoni akan lebih meyakinkan jika pengguna boleh lihat siapa pemberi testimoni dan ada cara untuk hubungi mereka. Kebanyakannya tidak akan hubungi pemberi testimoni sebenar, tetapi tindakan mendedahkan maklumat ini akan sangat mempengaruhi keputusan pengguna.

Pastikan anda mendapat izin dari pemberi testimoni sebelum post ke social media!

Jangan terlebih edit testimoni pelanggan! Pastikan penggunaan ayat secara kasual dan tidak telampau memuji.




3. Gubah testimoni mengikut persona pengguna anda


Tujuan testimoni ialah untuk memaparkan kejayaan pengguna sebelum ini. Kebanyakan pengguna akan mencari testimoni berjaya dari pengguna asal yang mempunyai persamaan dengan mereka. Contohnya pelajar akan lebih memilih untuk membaca testimoni dari pengguna asal yang juga pelajar.

Berdasarkan pengetahuan ini, pastikan anda tahu akan jenis pengguna yang anda mahu target, apa latar belakang mereka, apa pekerjaan mereka, apa yang mereka mahukan, kemudian rangka strategi dan pilih apa yang harus difokus semasa mendapatkan testimoni.




4. Gunakan testimoni dalam bentuk video


Cara mudah untuk pastikan apa yang ingin disampaikan boleh difahami dengan mudah ialah dengan menggunakan teknik testimoni secara video. Survey menunjukkan lebih 54% pengguna kini lebih memilih untuk melihat video dan lebih terpengaruh dengan kandungan info yang dilihat dalam video berbanding medium lain (HubSpot, 2017).

Jika sebelum ini selalu screenshot gambar chat dengan pelanggan, sekarang boleh cuba screen record, penggunaan video akan membuat testimoni pelanggan anda lebih meyakinkan.

Ada rakan yang pernah membeli topup atau bayar bil dengan anda? Ada rakan yang sekarang menjadi downline anda? Rakam video ringkas kurang 30saat dan post di social media anda! 

Ada banyak video app yang boleh memudahkan anda rekod dan edit video antaranya Magisto, snapchat, Overvideo, Quik & Clips. 


SUMBER :
1. https://blog.hubspot.com/service/testimonial-lead-gen
2. https://research.hubspot.com/content-trends-global-preferences
3. https://www.kinesisinc.com/how-to-get-higher-impact-testimonials-from-your-customers/




DOWNLOAD KIT TESTIMONI INI UNTUK MULA BUAT TESTIMONI PELANGGAN ANDA!



Mahu kami buat tutorial cara buat testimoni video? Boleh komen dibawah 

1 comment:

Pages